Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di Indonesia: Rintihan pembuat keranda apabila kes kematian meningkat, bekalan papan berkurangan

Jul 06, 2021 | 04:05 PM



JAKARTA: Di sebuah bengkel di tanah perkuburan Jakarta, pembuat keranda, Encik Olaskar Purba dan pasukannya gigih bekerja.



Mereka mengokot kotak-kotak yang diperbuat daripada papan lapis dan mengecatnya dengan warna coklat. Keranda ini kemudian dilekapkan dengan pelapik dan ditutupi plastik sebelum dipindahkan bagi kegunaan pelanggan. 



"Sebelum kes koronavirus bertambah, kami biasanya membuat hingga 10 keranda sehari. Namun, ia kini sudah sampai 30 tempahan setiap hari dan menjadikan kerja kami bertambah seganda," kata Encik Olaskar, 62 tahun, yang kelihatan penat.



Indonesia kini bertarung dengan penularan wabak Covid-19, antara yang paling teruk di Asia, ditambah dengan merebaknya varian Delta yang sangat mudah menjangkiti dan mulanya dikesan di India.



Pihak berkuasa Indonesia pada Isnin (5 Julai) melaporkan 558 kematian baru, hari kedua berturut-turut di mana jumlah kes kematian kerana Covid-19 cukup membimbangkan di samping 29,745 jangkitan baru, hari kesepuluh berturut-turut di mana jumlah kes memuncak sepanjang 15 hari lalu.



Sekatan pergerakan lebih tegas telah dilaksanakan di Jawa dan kepulauan Bali, kawasan yang paling teruk terjejas di Indonesia. Pemerintah Indonesia pada Isnin juga mengenalkan langkah baru dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di 20 wilayah lain yang berkuat kuasa pada Selasa.



Tampungan katil hospital pula pada 75 peratus serata negara sehingga 2 Julai, kata Kementerian Kesihatan Indonesia. Namun, beberapa hospital di Jawa, pulau paling sesak di Indonesia, pula melaporkan tampungan lebih 90 peratus katil hospital terisi, termasuk di ibu kota Jakarta.



"Bahan yang kami gunakan bagi menghasilkan keranda ini kian sukar ditemui kerana harga papan lapis semakin meningkat," jelas Encik Olaskar yang menambah beliau begitu sibuk menangani permintaan yang tidak berhenti-henti bagi pembikinan keranda ini.



"Kami juga agak risau kerana kami menyedari ramai yang meninggal. Kepada orang ramai, diharapkan anda patuh pada undang-undang pemerintah, gunakan pelitup dan perhatikan perintah jarak selamat," jelas Encik Olaskar. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >