Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta catat rekod kes jangkitan harian tertinggi

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Kes Covid-19 di Jakarta mencecah paras tertinggi dalam sehari kelmarin, dengan lebih 2,000 kes dilaporkan, menurut agensi kesihatan kota itu yang melaporkan sejumlah 1,954 kes baharu direkodkan.



Ketua agensi itu, Cik Dwi Oktavia, mengesahkan bahawa 13,810 orang telah diperiksa menerusi ujian pantas (PCR) dan 1,552 keputusan yang diterima adalah positif, sementara 402 kes lagi adalah daripada data sebelumnya yang baru-baru ini dilaporkan oleh makmal tentera.



"Sehingga hari ini, 13,590 pesakit masih dirawat di hospital dan menjalani kuarantin," kata Cik Dwi dalam satu kenyataan bertulis.



Jumlah keseluruhan kes jangkitan koronavirus di ibu kota itu telah mencapai 167,842 dengan 151,122 pulih sedang 3,130 maut.



Ini menunjukkan, kadar pemulihan dan kadar kematian masing-masing adalah 90 dan 1.9 peratus.



Berdasarkan perangkaan yang dibentangkan, jumlah kes jangkitan adalah 1,431 dan 15 kematian.



Sejak seminggu lalu, 95,805 orang menjalani ujian PCR mengatasi piawaian 10,645 orang oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setiap minggu.



Selain itu, jumlah ujian PCR bagi setiap sejuta penduduk mencapai 184,682 orang.



Pihak pentadbir ibu kota itu merekodkan kadar positif virus 10.4 peratus pada tempoh yang sama, dan 8.5 peratus secara keseluruhannya.



Namun, kedua-dua kadar itu masih mengatasi piawaian yang ditetapkan WHO yang tidak seharusnya melebihi 5 peratus.



Jumlah kes tertinggi Covid-19 ini selari dengan meningkatnya kadar pengisian katil kuarantin.



Berdasarkan perangkaan terbaharu, 85 peratus katil dan 80 peratus katil di Unit Jagaan Rapi (ICU) di serata ibu kota itu telah dipenuhi.



Dengan meningkatnya jumlah kes Covid-19, sebuah persatuan doktor meminta penduduk Jakarta supaya jangan keluar rumah semasa cuti Krismas dan Tahun Baru.



Kadar peginapan katil hospital di 98 hospital rujukan Covid-19 di bandar itu telah meningkat pada bulan lalu. Tempat pengasingan di kota sudah dipenuhi sebanyak 85 peratus, sementara kadar penginapan di ruang rawatan intensif sudah mencapai 80 peratus, menurut Agensi Kesihatan Jakarta baru-baru ini.



"Hospital sekarang penuh. Walaupun ada doktor yang mencukupi, tidak ada tempat (untuk merawat pesakit). Itu menyusahkan, " kata Dr Slamet Budiarto, Ketua Persatuan Perubatan Indonesia (IDI) cawangan Jakarta, Selasa lalu.



Beliau meminta penduduk supaya bekerjasama mencegah virus daripada terus merebak, terutama pada musim cuti yang akan datang.



"Warga harus menahan diri daripada makan di restoran. Harap anda boleh bercuti di rumah dan jangan keluar. Ia membosankan, kami tahu. Tetapi ia langkah sementara sedang kita tunggu vaksin tersedia tahun depan," kata Dr Slamet.



Indonesia adalah negara Asia Tenggara yang paling teruk dilanda wabak tersebut. Virus itu sejauh ini telah membunuh lebih 20,400 orang dan menjangkiti lebih 685,600. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >