JAKARTA: Selepas lebih sedekad, Parlimen Indonesia dijangka bersedia memeterai Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Asean, sedang tahap pencemaran di sebahagian Riau kekal bahaya selama dua bulan berturut-turut dan mula merebak ke Sumatera.
Satu jawatankuasa parlimen yang merangkumi anggota parlimen lapan daripada sembilan parti telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Encik Balthasar Kambuaya, dan pegawai kanan pemerintah semalam.