Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta dilanda banjir ekoran hujan lebat semalaman

Feb 21, 2017 | 02:32 PM



JAKARTA - Hujan lebat sepanjang malam mengakibatkan banjir yang menjejas ribuan rumah dan jalan raya di Jakarta, dengan beberapa kawasan dinaiki air setinggi 1.5 meter pada Selasa pagi (21 Feb).



Paras air yang tinggi memaksa ramai pekerja tinggal di rumah, dengan beberapa sekolah ditutup buat sementara waktu atas sebab-sebab keselamatan.



"Banjir melanda bandar selepas sistem perparitan tidak dapat menampung aliran air sangat besar," kata Dr Sutopo Purwo Nugrowo, jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia (BNPB).



Agensei itu menerima lebih 400 laporan kejadian banjir daripada penduduk di Jakarta dan kawasan-kawasan di pinggir bandar, meminta bantuan yang merangkumi penggunaan bot dan khemah pemindahan.



Terdapat sekurang-kurangnya 54 "kawasan banjir utama", kebanyakannya di bahagian timur dan selatan, menurut Dr Sutopo.



Bagaimanapun, sesetengah kawasan seperti Kampung Pulo di bahagian timur bandar, yang biasanya teruk dilanda banjir apabila hujan lebat, menunjukkan prestasi lebih baik. Ini kerana pemerintah perbandaran telah menjalankan kerja-kerja pengorekan utama di Sungai Ciliwung yang berhampiran dan menempatkan semula penduduk setinggan di tebing sungai ke flat bersubsidi.



Isu banjir kerapa dipolitikkan dan berita banjir di bandar dijangka memberi kesan kepada pemilihan semula Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, yang berkempen mengenai rancangan beliau menyelesaikan masalah bagi penduduk yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir.



Huraian utamanya, menempatkan semula setinggan di sepanjang tebing sungai kerana beliau memulakan usaha pemulihan sungai, telah dibidas lawannya Anies Baswedan menjelang pilihan raya April.



Encik Anies, mantan Menteri Pelajaran yang digugurkan dalam rombakan Kabinet tahun lepas, berkata banjir adalah ekoran pelan mitigasi tidak berkesan oleh pentadbiran Jakarta sekarang.



"Ini mesti segera ditangani... jika pelan itu tidak berjalan dengan baik, pelan pemulihan tidak akan berkesan," katanya dalam satu laporan berita Tempo pada hari Selasa, yang diiringi oleh gambar Encik Anies dalam air di paras pinggang bercakap dengan penduduk semasa lawatannya ke Cipinang Melayu di Jakarta Timur pada Isnin.



Tetapi Encik Basuki, yang sedang dibicarakan kerana menghina Islam, mempertahankan rekod dalam menangani banjir.



Katanya, ketika beliau mula bertugas sebagai timbalan kepada Gabenor Jakarta ketika itu, Encik Joko Widodo, dalam 2012, terdapat 2,200 kawasan yang sering dilanda banjir. "Tahun lalu, bilangan ini merosot kepada 400," katanya pada Isnin.



Beliau menjelaskan bahawa banjir di Jakarta Timur umumnya disebabkan oleh kelewatan dalam projek pemulihan sungai, yang kini 40 peratus siap, lapor The Jakarta Post.



"Namun, kita telah melihat keadaan bertambah baik."



Terdapat sekitar 13 sungai di kawasan Jakarta. Airnya sering melimpah ketika musim tengkujuh, menyebabkan banjir besar di kawasan penduduk padat.



Pakar-pakar menyatakan bahawa kebanyakan daerah Utara Jakarta, termasuk tembok laut yang besar direka untuk melindunginya, tenggelam pada anggaran 25cm setahun.



Ini, di samping air pasang yang tinggi, menolak air ke bandar apabila hujan lebat menyebabkan Jakarta dilanda banjir setiap tahun. Kemuncaknya sering berlaku dalam Februari.



Dalam banjir besar Jakarta 2007, lebih dua pertiga daripada ibu negara ditenggelami air selepas hujan tanpa henti selama tiga hari. Air naik setinggi 7 meter di sebahagian kawasan.



Satu laporan khas The Guardian tahun lepas menyatakan ia berlaku kerana tanah Jakarta mendak. Tidak cukup paip air tidak dipasang bagi air yang boleh diminum dan penduduk sebahagian besarnya bergantung kepada telaga yang mengeluarkan air dari akuifer cetek, menyebabkan tanah di atasnya runtuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >