Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta dirayu agar tidak tenggelamkan 10 bot nelayan China

Apr 06, 2016 | 09:39 AM



JAKARTA: Pemilik 10 bot nelayan dari China yang ditangkap menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak menenggelamkan kapal mereka.



Ini selepas mahkamah tinggi di bandar Ambon dan Merauke memutuskan bot yang ditahan pada Disember 2014 itu menangkap ikan tanpa permit di perairan Indonesia, kata Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Lahat dalam satu sidang akhbar pada Selasa (5 Apr).



"Kami berharap Mahkamah Agung akan meluluskan satu keputusan agar bot itu dirampas sebagai harta negara dan dihapuskan secepat mungkin," katanya, selepas menonton tayangan langsung 23 bot dari Malaysia dan Vietnam ditenggelamkan di tujuh lokasi berbeza.



Cik Susi bertindak tegas terhadap penangkap ikan haram sejak memegang jawatan itu pada 2014, dengan mengarahkan 174 bot asing yang ditahan di perairan Indonesia dimusnahkan.



Selain 23 bot yang ditenggelam pada Selasa, satu bot China masih disiasat bagi kesalahan sama, kata Encik Mas Achmad Santosa, yang mengetuai pasukan petugas pencegahan memancing secara haram kementerian itu, kepada akhbar The Straits Times.



Beliau juga berkata pihak berkuasa mengenal pasti 1,132 bot nelayan, termasuk 374 dari China, yang belayar di perairan Indonesia di bawah bendera dua negara, satu daripadanya bendera Indonesia.



"Itu melanggar kedua-dua undang-undang, negara dan antarabangsa," katanya.



Indonesia dan China terlibat dalam ketegangan maritim bulan lalu selepas Jakarta menuduh bot peronda pengawal pantai China melanggar hak kedaulatannya dengan menghalang secara paksa pihak berkuasa maritim tempatan merampas sebuah bot nelayan China.



Cik Susi pada Selasa menggesa "negara besar, bangsa besar" China supaya menghormati kedaulatan Indonesia.



"Jika bot Amerika menangkap ikan secara haram (di Indonesia), kami akan menenggelamkannya juga. Ia sama sahaja," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >