Jakarta gesa sekat akses Telegram sebab diguna pengganas

JAKARTA: Kementerian Penerangan dan Perhubungan Indonesia telah memberitahu pembekal khidmat Internet (ISP) di negaranya agar menyekat akses kepada aplikasi messenger Telegram kerana ia didapati digunakan oleh pihak pengganas.

"Ada pelbagai saluran dalam khidmat mereka yang mengandungi propaganda radikalisme, pengganasan, kebencian, provokasi dan arahan untuk membuat bom, strategi serangan, imej mengganggu dan kandungan lain yang bertentangan dengan undang-undang Indonesia," kata pihak kementerian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan