Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Jakarta hadapi tekanan Barat undang Putin ke sidang G20

May 01, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia menghadapi tekanan pihak Barat pimpinan Amerika Syarikat kerana mengundang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, ke Sidang Kemuncak Kumpulan 20 Negara (G20) pada November ini, meskipun ia turut mengundang sama Presiden Ukraine, Encik President Volodymyr Zelensky, kata Presiden Joko 'Jokowi' Widodo kelmarin. (Apr 29).



Menurut pemimpin Indonesia, Jakarta, yang memegang jawatan Presiden G20 tahun ini, Barat mahu mengecualikan Russia berikutan pencerobohan ke atas Ukraine.



Bagaimanapun, mereka menegaskan Indonesia perlu kekal untuk tidak berat sebelah.



"Saya telah menjemput Presiden Zelensky untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20," kata Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang mengharapkan kompromi dicapai berikutan tekanan daripada Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dan negara lain untuk membenarkan penyertaan Ukraine bagi maksud mencapai keseimbangan.



"Putin mengesahkan melalui panggilan telefon bahawa beliau akan menghadiri sidang kemuncak itu yang akan berlangsung di Bali," kata pemimpin Indonesia itu dalam ucapan yang disiarkan secara langsung.



Pentadbiran Biden menegaskan pendirian terhadap jemputan Encik Putin ke mesyuarat kumpulan G20.



"Presiden (Encik Joe Biden) menyatakan secara terbuka membantah kehadiran Presiden Putin ke G20. Kami mengalu-alukan kehadiran Ukraine," kata Setiausaha Akhbar Biden, Cik Jen Psaki, di Washington.



"Kami sudah menyampaikan pandangan kami bahawa kami tidak fikir (Russia) harus menjadi sebahagian daripadanya (mesyuarat)," katanya kepada pemberita, sambil menambah bahawa Washington memahami jemputan itu dibuat sebelum pencerobohan berlaku.



"Amerika Syarikat faham bahawa ia tidak boleh menjadi seperti yang biasa berkaitan penyertaan Russia dengan masyarakat antarabangsa atau institusi antarabangsa," kata timbalan jurucakap Jabatan Negara, Cik Jalina Porter, kepada pemberita ketika ditanya mengenai jemputan itu.



Namun, beliau tidak mengulas sama ada Amerika akan hadir ke mesyuarat itu atau tidak.



Encik Jokowi telah berhubung dengan Presiden Russia bagi jemputan ke sidang kemuncak G20 dan menyatakan akan hadir.



"Ketika perbualan itu, Putin mendoakan selaku Presiden G20, Indonesia akan berjaya," kata jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, kepada pemberita. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >