Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta kerah 7,000 polis, 500 askar jelang bantahan Muslim tegar pada 4 Nov

Oct 31, 2016 | 12:43 PM



JAKARTA: Ibu kota Indonesia dalam keadaan berjaga-jaga tinggi menjelang bantahan besar-besaran oleh Muslim tegar pada Jumaat (4 Nov) terhadap gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, yang kini bertanding untuk pemilihan semula.



Polis metropolitan telah menggerakkan kira-kira 7,000 pegawai, yang akan disokong oleh 500 askar angkatan tentera Indonesia (TNI), bagi memastikan keselamatan Jakarta dan mengelakkan sebarang keganasan semasa pilihan raya gabenor yang bermula Jumaat lepas.



Bantahan itu dicetuskan oleh kritikan Encik Basuki terhadap lawannya yang memetik satu ayat Al-Quran untuk menyerang beliau sebelum ini.



Ketua Polis Negara Tito Karnavian mengesahkan beliau telah meningkatkan tahap berjaga-jaga keselamatan di Jakarta ke yang tertinggi sedang beribu-ribu penunjuk perasaan dijangka tiba dari luar bandar pada Jumaat untuk menyertai bantahan terhadap Encik Basuki, yang mereka dakwa menghina Islam.



Jurucakap TNI juga berkata tentera telah menerima maklumat bahawa bantahan itu boleh meningkat menjadi keganasan dan dengan itu askar telah dikerahkan untuk menyokong polis.



Presiden Joko Widodo berkata dalam satu kenyataan pada Isnin (31 Okt) bahawa walaupun bantahan awam adalah hak demokrasi rakyat, hak-hak tersebut tidak termasuk mereka dibenarkan memaksa kehendak mereka atau merosakkan harta benda awam.



"Pemerintah akan menjamin hak untuk bebas bersuara tetapi juga akan memberi keutamaan pada ketenteraman awam," kata Encik Joko. "Saya telah menyediakan pasukan keselamatan dan mereka bersedia melaksana tugas mereka secara profesional jika sesiapa melakukan anarki."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >