JAKARTA: Keselamatan di ibu kota Indonesia dipertingkat menjelang bantahan besar-besaran oleh Muslim tegar pada Jumaat ini terhadap gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, yang kini bertanding bagi pemilihan semula sebagai gabenor.
Polis telah menggerakkan kira-kira 7,000 pegawai, yang dijangka disokong 500 askar Angkatan Tentera Indonesia (TNI), bagi memastikan keselamatan Jakarta dan mengelakkan sebarang keganasan semasa pilihan raya gabenor yang bermula Jumaat lalu.