JAMBATAN laut paling panjang di dunia, yang menghubungkan rantau separa autonomi Hongkong dan Macau dengan bandar di selatan China, Zhuhai, akan dibuka esok.
Pembinaan jambatan sepanjang 55 kilometer itu bermula pada 2009.
Sebelum pembukaannya, penduduk dan peniaga di Zhuhai dan Macau meluahkan harapan yang ia akan membantu merangsang ekonomi setempat.
Jambatan itu bertujuan menyepadukan Hongkong dan Macau dengan lebih baik bersama sembilan bandar di tanah besar di sekeliling Pearl River Estuary.
Secara keseluruhan, 11 bandar itu akan membentuk Greater Bay Area, yang menguatkan cita-cita China untuk menggunakan inovasi dan teknologi sebagai pemacu fasa pertumbuhan ekonomi seterusnya.
Di Hongkong, projek itu telah menghadapi kritikan dan tentangan, rata-rata disebabkan lebihan belanja.
Pemerintah Hongkong telah membelanjakan HK$120 bilion ($21 bilion) bagi jambatan itu sejauh ini.