Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jambatan Taiwan runtuh, hempap bot pancing

Oct 01, 2019 | 03:49 PM



TAIPEI - Sebuah jambatan runtuh di pelabuhan di utara timur Taiwan awal hari ini (1 Oktober), merempuh beberapa bot pancing dan mungkin menyebabkan beberapa kru terperangkap, kata pihak berkuasa.



Namun, jumlah orang yang cedera masih belum pasti.



Sekurang-kurangnya sembilan orang jatuh ke dalam air dan tujuh diselamatkan, menurut Agensi Pusat Berita Taiwan. Enam cedera teruk.



Penyelam telah mencari mereka yang mungkin terperangkan di dalam beberapa bot pancing, menurut dua pegawai pemerintah dari bandar pelabuhan itu.



“Jembatan itu runtuh pada sekitar 9.30 pagi semasa sebuah kenderaan tank minyak di atasnya, dan ia terbakar,” kata setiausaha kepada Datuk Bandar, Cik Shih I-chun.



“Kami takut masih ada nelayan yang terperangkap di dalam bot.”



Pihak berkuasa telah menubuhkan pusat kecemasan dan pasukan tentera berkata tentera laut dan marin telah menawarkan pertolongan.



“Selamatkan nyawa adalah keutamaan,” kata Premier Taiwan, Encik Su Tseng-chang di Facebooknya. “Saya akan menanyakan pihak berkenaan untuk mengusahakan yang terbaik untuk selamatkan yang terjejas.” - REUTERS/AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >