Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Dunia

Japan Airlines sediakan kemudahan bagi penumpang hindari bayi

Sep 27, 2019 | 05:30 PM

TOKYO - Bosan kerana terpaksa duduk di sebelah bayi yang meraung sewaktu penerbangan?  

Beberapa syarikat penerbangan Jepun telah mengeluarkan peta yang menandakan tempat duduk bayi, justeru penumpang yang tidak betah mendengar teriakan bayi sepanjang penerbangan boleh memilih tempat duduk yang berjauhan.

Kemudahan tersebut, yang ditawarkan Japan Airlines sebagai sebahagian daripada perkhidmatan penerbangan "Smile Support" mereka, bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia mendapat perhatian dalam talian setelah seorang pengguna Twitter memuji kemudahan tersebut.

"Terima kasih, @ JAL-Official-jp kerana telah memberi amaran kepada saya tentang kawasan di mana bayi sudah membuat rancangan untuk menjerit sepanjang penerbangan 13 jam ini. 

“Kemudahan ini sepatutnya diwajibnya (ke atas setiap syarikat penerbangan)," tulis penumpang Encik Rahat Ahmed, seorang pelabur, di Twitter.

Selain Japan Airlines, All Nippon Airways (ANA) turut menyediakan kemudahan yang sama.

Maklumat amaran sebegini telah mendapat sambutan hangat dalam talian, ada yang menyokong kemudahan seperti itu, namun ada juga yang membantang. -Agensi Perancis-Presse (AFP).
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian