Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jari tersangkut lubang pintu, budak 3 tahun dikejarkan ke hospital di M’sia

Sep 14, 2019 | 05:52 PM



SUBANG JAYA, SELANGOR - Tindakan seorang budak lelaki yang memasukkan ibu jarinya ke dalam lubang tombol pintu yang rosak, mengundang padah apabila jarinya tersangkut dan beliau terpaksa dikejarkan ke hospital swasta di Subang Jaya, di negeri Selangor, Malaysia, pada Khamis (12 September).



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan daripada pihak hospital mengenai kejadian itu pada 4.04 petang.



“Seramai tujuh anggota bomba dan dua jentera dikerahkan ke hospital tersebut.



“Kami telah memotong tombol pintu itu menggunakan mesin ‘grander’,” katanya ketika dihubungi MyMetro pada Jumaat (13 September).



Encik Syed Sharil difahamkan ahli keluarga mangsa cuba mengeluarkan sendiri ibu jari budak tiga tahun itu, namun gagal, kerana ia sudah mula membengkak.



Selain ibu jarinya yang bengkak, budak itu turut mengalami kecederaan yang agak dalam pada jarinya, tambah Encik Syed Sharil. -Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >