Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jawatan Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel terancam dengan gabungan baru

May 30, 2021 | 07:27 PM

BAITULMAKDIS: Suasana politik Israel pada Ahad (30 Mei) sekali lagi dikejutkan dengan berita kemungkinan berakhirnya kepimpinan Encik Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri.

Setelah empat pilihan raya parlimen tanpa keputusan konklusif dalam tempoh dua tahun, mandat 28 hari untuk pemimpin pembangkang Encik Yair Lapid membentuk pemerintah baru akan tamat pada Rabu ini, dan laporan media mengatakan bahawa beliau hampir menubuhkan satu gabungan yang akan mengakhiri pemerintahan Encik Netanyahu selama 12 tahun sebagai Perdana Menteri.

Peluang kejayaan Encik Lapid sebahagian besarnya terletak pada Encik Naftali Bennett, ahli politik bagi parti Yamina yang mempunyai enam kerusi utama di Parlimen.

Encik Bennett, 49 tahun, dilaporkan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat sama ada beliau akan bekerjasama dengan Encik Lapid, yang memimpin parti Yesh Atid.

Namun sebelum itu, Encik Bennett harus mengumpulkan penggubal undang-undang partinya sendiri untuk bergabung dengan apa yang digambarkan oleh penentang Netanyahu sebagai pemerintah “perubahan” yang terdiri daripada parti sayap kiri, tengah dan kanan.

Sekiranya Encik Lapid, 57 tahun, gagal mengumumkan pemerintah baru pada Rabu ini, pilihan raya kelima Israel sejak April 2019 - perkara yang ingin dielak Encik Bennett - mungkin akan berlaku. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3