Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jejak kaki manusia di New Mexico dianggar berusia 23,000 tahun

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Jejak kaki manusia purba yang terpelihara dan ditemui di tanah Taman Negara White Sands di New Mexico didapati "berusia amat lama", kata saintis kelmarin dianggarkan sejak sekitar 23,000 tahun lalu hingga Zaman Ais.



Hasil kajian itu, jika dapat disokong, akan merancakkan semula perdebatan ilmiah tentang bagaimana manusia kali pertama kali tersebar ke seluruh benua Amerika - membayangkan mereka melakukannya pada masa glasier besar menutupi sebahagian besar laluan mereka.



Para penyelidik yang selama ini berpendapat berlakunya kedatangan lebih awal ke benua itu telah memuji temuan baru itu sebagai satu bukti kukuh.



"Saya fikir ini mungkin penemuan terbesar mengenai penduduk (benua) Amerika dalam seratus tahun," kata Ciprian Ardelean, seorang ahli arkeologi di Universiti Autonomous Zacatecas di Mexico yang tidak terlibat dalam penyelidikan itu, sambil menambah bahawa penemuan itu adalah satu "temuan impian".



Selama beberapa dekad, banyak ahli arkeologi menyatakan manusia tersebar di Amerika Utara dan Selatan hanya pada akhir Zaman Ais yang terakhir.



Mereka merujuk kepada alat yang paling lama diketahui, termasuk hujung tombak, pencakar dan jarum, berusia sekitar 13,000 tahun.



Teknologi itu dikenali sebagai Clovis, dinamakan sempena kota New Mexico, di mana beberapa alat pertama itu muncul. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >