SUSULAN SERANGAN DI TURKEY
Jemaah Masjid Ba'alwie doakan mangsa serangan di Istanbul
Jul 02, 2016 | 05:30 AM
JEMAAH di sebuah masjid setempat, Masjid Ba'alwie, meluangkan masa kelmarin bagi memperingati mangsa korban serangan pengganas di lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turkey, baru-baru ini.
Sebelum berbuka puasa kelmarin, sekitar 400 jemaah di masjid itu membacakan doa yang dipimpin Qari Adem Bilir dari Turkey.