Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jenazah bapa Timbalan PM Malaysia, Wan Azizah selamat dikebumikan

Dec 10, 2019 | 05:11 PM



KUALA LUMPUR: Jenazah bapa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang kira-kira 11.20 pagi tadi (10 Dis).



Wan Ismail yang berusia 93 tahun meninggal dunia di kediamannya di Taman Nirwana, Ampang akibat serangan jantung pada jam 2.30 pagi tadi.



Terdahulu, jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Mustakim, Ampang di sini sebelum dikebumikan.



Antara yang turut hadir menziarah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.



Lebih 500 individu turut hadir di tanah perkuburan bagi menziarahi jenazah semasa pengebumiannya, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.



Allahyarham Wan Ismail meninggalkan isteri, Datin Mariah Khamis, empat anak perempuan, termasuk Dr Wan Azizah dan seorang anak lelaki. - BH Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >