WASHINGTON: Pegawai tentera tertinggi Amerika Syarikat mempertahankan rentak peperangan udara terhadap militan Negara Islam (IS), dengan memberi amaran tindakan meningkatkan serangan udara atau menghantar lebih ramai askar Amerika adalah satu kesilapan.
Semasa melawat kapal induk Charles De Gaulle di Teluk, yang mengambil bahagian dalam kempen udara, Jeneral Martin Dempsey merayu bagi "kesabaran strategik" dalam usaha memerangi militan IS di Iraq dan Syria.