Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun adakan pengebumian negara buat Abe

Jul 23, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Jepun mengadakan Istiadat Pengebumian Negara untuk mendiang, Encik Shinzo Abe yang maut ditembak dua minggu lalu ketika berkempen.



Majlis peringatan itu sebagai penghormatan kepada Encik Abe atas "kepimpinan dan kecemerlangan" yang ditunjukkannya sepanjang menjadi Perdana Menteri bagi tempoh lapan tahun dan lapan bulan dan acara berkenaan dijangka dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, lapor agensi berita Kyodo News.



Sebelum itu majlis pengebumian pada Selasa hanya dihadiri waris terdekat dan sahabat handai telah diadakan.



Istiadat Pengebumian Negara untuk pemimpin jarang diadakan.



Kali terakhir Jepun mengadakan majlis peringatan sedemikian ialah pada 1967 untuk mendiang Shigeru Yoshida, yang berkhidmat sebagai perdana menteri ketika kebangkitan negara selepas Perang Dunia Kedua.



Kematian mendiang Abe sejurus sebelum pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri pada Ahad menggemparkan negara yang terkenal dengan kawalan senjata api yang ketat dan keganasan politik jarang berlaku.



Sebelum ini Perdana Menteri, Encik Fumio Kishida, berkata mendiang Abe layak menerima pengebumian negara kerana sumbangan besarnya kepada Jepun, termasuk memimpin ke arah pemulihan daripada tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda pada Mac 2011.



Mendiang juga memainkan peranan penting memulihkan ekonomi Jepun dan meneruskan diplomasi di bawah Pakatan Jepun-Amerika Syarikat.



Kepimpinan mendiang turut mendapat pujian pemimpin asing dan masyarakat antarabangsa dan kematiannya akibat tindakan "keganasan" amat mengejutkan dan menerima ucapan takziah dari dalam dan luar negara, kata Encik Kishida.



Keputusan Kabinet untuk mengadakan pengebumian negara tidak memerlukan kelulusan Parlimen, kata Encik Kishida. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >