Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun bantah kapal perang China belayar dekat pulau dipertikai

Jun 09, 2016 | 12:10 PM



TOKYO: Jepun memanggil Duta Besar China di Tokyo pada awal Khamis (9 Jun) untuk menyatakan kebimbangannya selepas sebuah kapal tentera laut China belayar, buat kali pertama, dekat perairan yang dianggap Jepun wilayahnya di Laut China Timur, kata Kementerian Luarnya.



Ia berkata kapal tentera laut China itu memasuki, sejurus selepas tengah malam, perairan berdampingan dengan apa Tokyo anggap wilayahnya di sekitar pulau yang menjadi pertikaian, yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China.



Kejadian itu berpotensi menjadi halangan selepas terdapat tanda-tanda pemulihan dalam hubungan antara dua kuasa ekonomi terbesar di Asia itu, yang menjadi buruk pada tahun-tahun kebelakangan berhubung sejarah perang mereka dan pertikaian wilayah.



Naib Menteri Luar Jepun, Encik Akitaka Saiki, memanggil Duta Besar China di Tokyo sekitar 2 pagi waktu tempatan untuk "menyatakan kebimbangan serius" dan menggesa kapal China supaya meninggalkan kawasan itu, kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan media.



Frigat China itu meninggalkan perairan tersebut kira-kira sejam kemudian, belayar ke utara, kata Kementerian Pertahanan Jepun.



Kapal peronda China kadang-kadang belayar berhampiran atau memasuki perairan yang Tokyo anggap wilayahnya, tetapi ini kali pertama sebuah kapal tentera laut China melakukan itu.



Pada masa sama, tiga kapal perang Russia memasuki perairan dekat dengan apa yang Jepun anggap wilayahnya, berkata Kementerian Pertahanan. Kementerian itu berkata ia sedang menyiasat apakah tindakan China dan Russia itu berkaitan.



Tiada satu pun kapal tersebut melanggar perairan yang Jepun anggap wilayahnya, katanya.



Kepulauan tidak berpenghuni itu terletak 220km ke barat Taiwan. Ia dikuasai oleh Tokyo tetapi dituntut oleh Beijing.



Tiada komen segera daripada Beijing. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >