TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, bagi menjalin hubungan lebih kukuh dalam bidang ekonomi dan pertahanan, sedang Tokyo berusaha memikat lebih ramai "rakan" dalam menghadapi pengaruh China yang semakin meningkat.
Kededua negara bersetuju memperkukuhkan kerjasama dalam keselamatan pantai, mengadakan perbincangan lebih kerap antara kementerian pertahanan dan kementerian luar masing-masing dan meningkatkan pelaburan Jepun di Indonesia.