SEKILAS
Jepun dijangka lanjut perintah darurat hingga akhir bulan
TOKYO: Kerajaan Jepun bersedia melanjutkan perintah darurat di seluruh negara sehingga penghujung Mei dalam usaha membanteras penularan pandemik Covid-19.
Perdana Menteri Shinzo Abe, sebelum ini mengisytiharkan darurat selama sebulan bagi Tokyo dan enam wilayah lain pada 7 April lalu, sebelum melanjutkan perintah itu ke seluruh negara.
Perintah itu bagaimanapun bakal berakhir hari ini, namun Abe dijangka mengumumkan lanjutan sehingga 31 Mei ini selepas berbincang dengan pakar penyakit berjangkit.
Setakat ini, jumlah penularan di Jepun tidak terlalu besar dengan 15,000 jangkitan dan 510 kematian.
Bagaimanapun, terdapat kegusaran peningkatan jangkitan akan mengakibatkan sistem kesihatan negara itu lumpuh. - AFP