TOKYO: Menteri Pertahanan Jepun, Encik Itsunori Onodera, berkata ujian nuklear terbaru Korea Utara lebih kuat daripada anggapan awal, dengan kekuatannya lapan kali ganda kekuatan bom yang diletupkan di Hiroshima.
Ahad lalu, Korea Utara mencetuskan kebimbangan global apabila ia menguji apa yang digambarkan sebagai bom hidrogen bagi peluru berpandu jarak jauh.