Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun kutuk China lancar peluru berpandu dalam latihan tentera dekat Taiwan

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Perdana Menteri Jepun semalam mengutuk tindakan China melancarkan tembakan peluru berpandu semasa menjalankan latihan tentera sekitar Taiwan, dan menyifatkan tindakan itu sebagai "masalah serius yang menjejas keselamatan negara dan keselamatan rakyat kami".



Lima peluru berpandu China didapati gugur di zon ekonomi eksklusif (EEZ) negara itu, kata Tokyo, dengan empat daripadanya dipercayai diluncurkan melalui ruang angkasa Taiwan.



"Tindakan China itu kali ini mempunyai kesan serius terhadap keamanan dan kestabilan rantau kami dan masyarakat antarabangsa," kata Perdana Menteri Fumio Kishida kepada wartawan selepas pertemuannya dengan Speaker Dewan Kongres Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, semasa bersarapan.



"Saya memberitahu (Cik Pelosi) kami telah meminta China menghentikan segera latihan tenteranya," ujarnya.



Cik Pelosi berada di Tokyo sebagai persinggahan terakhir dalam rangka lawatan beliau ke Asia, termasuk persinggahan di Taiwan.



Lawatan ke Taipei itu mencetuskan kemarahan Beijing, yang kini mengadakan latihan tentera terbesarnya di sekitar pulau itu, bagi menunjukkan bantahan.



Cik Pelosi, 82 tahun, tidak menghiraukan ancaman keras China dan meneruskan lawatannya ke Taiwan, yang merupakan kunjungan pegawai paling tinggi Amerika dalam 25 tahun.



Beliau berkata lawatan itu jelas menunjukkan Amerika tidak mengabaikan rakan sekutu demokratiknya.



China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berikrar akan mendapatkan semulanya suatu ketika nanti, secara paksa jika perlu.



Encik Kishida berkata beliau dan Cik Pelosi membincangkan isu geopolitik, termasuk hal bersangkutan Korea Utara, China dan Russia serta usaha mewujudkan sebuah dunia bebas nuklear.



Cik Pelosi tiba Khamis malam dari Korea Selatan, sebuah lagi negara sekutu Amerika. Semasa di sana, beliau melawat perbatasan negara itu dengan Korea Utara, yang mempunyai senjata nuklear.



Kunjungan ke Jepun itu adalah yang pertama kali bagi Cik Pelosi sejak 2015.



Tokyo telah membuat bantahan diplomatik dengan Beijing berkaitan latihan tentera yang bermula kelmarin itu.



Sebahagian daripada kawasan paling selatan Jepun di wilayah Okinawa berdekatan dengan Taiwan.



Begitu juga dengan beberapa kepulauan kecil yang dipertikaikan sejak dulu antara Tokyo dan Beijing.



EEZ Jepun seluas 200 batu nautika dari pesisirannya, melewati batas perairan wilayahnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >