Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CONTOH DI JEPUN

Jepun labur besar bagi realisasikan 'kereta terbang'

Sep 24, 2018 | 05:30 AM



TOKYO: Ia mungkin senario futuristik yang kerap ditonton di kaca televisyen tetapi pemerintah Jepun menaruh harapan dapat merealisasikan teknologi 'kereta terbang' dengan pelancaran satu inisiatif bagi membangunkan kenderaan-kenderaan masa depan.



Inisiatif yang turut menyaksikan penglibatan syarikat-syarikat dari sektor privet itu bertujuan melakar satu 'peta laluan' (road map) menjelang penghujung tahun ini untuk memasarkan 'kereta-kereta terbang' - satu konsep yang sebelum ini lebih berupa satu teori atau idea sahaja.



Usulan ini akan menyaksikan pegawai pemerintah Jepun berganding bahu dengan syarikat-syarikat besar antarabangsa seperti Boeing dan Airbus, selain firma gergasi setempat seperti All Nippon Airways, Japan Airlines, NEC dan Cartivator yang mendapat sokongan Tokyo.



"(Kereta-kereta terbang) dijangka menyelesaikan isu pengangkutan bagi kepulauan terpencil atau kawasan yang terletak di pergunungan atau bagi operasi menyelamat dan penghantaran barangan bantuan semasa berlakunya bencana," ujar seorang di kementerian perdagangan, Shinji Tokumasu.



"Kami melancarkan perbincangan antara kededua sektor awam-privet ini untuk memupuk sebuah industri yang baru dan menjadikannya satu usaha yang menguntungkan dalam pasaran dunia."



Di Jepun, para jurutera kini gigih membangunkan projek firma Cartivator yang menampilkan kereta beroda tiga dan menggunakan teknologi drone untuk terbang di udara.



Pembuat kereta popular Jepun, Toyota, serta rakan niaganya sudah pun melaburkan sehingga 42.5 juta yen ($522,000) di dalam projek itu.



Cartivator berharap dapat melancarkan prototaip 'kereta terbang' ini menjelang penghujung tahun depan agar ia dapat dipertingkatkan lagi dan digunakan untuk menyalakan obor temasya Sukan Olimpik 2020 yang akan dianjurkan Jepun.



Berukuran 2.9 meter panjang dan 1.3 meter lebar dan digelar 'SkyDrive', 'kereta terbang' ini mempunyai empat set kipas untuk membantunya terapung dan 'berjalan' di udara.



Namun, Jepun bukanlah satu-satunya negara yang berminat membangunkan teknologi 'kereta terbang' ini - syarikat-syarikat yang giat melabur dalam teknologi ini termasuk Uber, projek 'Kitty Hawk' yang disokong pengasas Google, Encik Larry Page, Lilium Aviation di Jerman, Safran di Perancis dan Honeywell di Amerika Syarikat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >