Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun mahu tarik bilangan besar pelawat di Olimpik

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



TOKYO: Jepun mahu menerima sejumlah besar pengunjung luar negara bagi acara Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual pada Julai tahun depan tanpa vaksinasi atau kuarantin wajib.



Ini dengan syarat pelancong itu memberi hasil ujian Covid-19 yang negatif selain memuat turun aplikasi penjejakan telefon bijak semasa ketibaan mereka, lapor harian perniagaan Nikkei semalam.



Laporan itu, yang tidak mengenal pasti sumber maklumatnya, tidak menjelaskan berapa banyak pengunjung luar negara yang akan dibenarkan, tetapi mengatakan Jepun tidak akan menyekat pengunjung itu daripada menggunakan sistem pengangkutan awam.



Penganjur acara sukan terbesar dunia itu telah menjual hampir satu juta tiket di luar negara, kata akhbar itu, dibandingkan dengan 4.5 juta tiket yang dijual di Jepun.



Di bawah sekatan sekarang yang dikenakan untuk mengekang penularan Covid-19, pelancong asing diminta mengasingkan diri selama 14 hari semasa tiba di Jepun serta mendaftar untuk aplikasi pengesanan itu.



Penganjur Tokyo tidak segera memberi komen ketika dihubungi oleh Reuters.



Pada bulan lalu, pegawai kanan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Joan Coates mengatakan jumlah atlet yang menyertai temasya itu tidak akan dikurangkan dan bergantung kepada pihak penganjur untuk membuat mereka berasa selamat.



Lebih 11,000 atlet dijangka di Tokyo bagi acara Olimpik dan ribuan lagi akan datang bagi acara Paralimpik berikutnya.



Rancangan mahu membenarkan sejumlah besar pengunjung dari luar negara akan menggambarkan janji Perdana Menteri Yoshihide Suga untuk menghidupkan semula ekonomi Jepun yang kucar-kacir dengan meningkatkan pelancongan - salah satu tunggak ekonomi negara itu.



Encik Suga telah menggalak kempen pelancongan tempatan walaupun terdapat peningkatan jangkitan koronavirus baru yang dengan cepat memenuhi katil di hospital.



Lonjakan kes itu telah menjejas penilaian orang ramai terhadap kepimpinan beliau, dengan banyak pihak kini mengatakan keengganannya untuk menghentikan pelancongan dalam negeri telah menyumbang kepada peningkatan jumlah jangkitan Covid-19.



Jepun telah mengelak jumlah jangkitan dan kematian yang tinggi seperti yang dilihat di Eropah dan Amerika Syarikat tetapi dengan musim sejuk kian hampir, negara itu telah mencatat jumlah kes rekod harian dalam beberapa minggu lalu.



Laporan Nikkei itu menimbulkan reaksi keras dalam talian, dengan beberapa pihak mengatakan kerajaan membahayakan nyawa penduduk.



"Saya tertanya-tanya mengapa kerajaan masih mahu mengadakan temasya Olimpik ini dalam keadaan sekarang. Mereka pasti gila," ujar seorang pengguna media sosial dengan nama @ nuna-13 tweet.



"Apakah mereka akan membunuh warga Jepun?" - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >