Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Jepun mula terima pelancong dari 4 negara termasuk S'pura bagi lawatan berpakej

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jepun mula terima pelancong dari 4 negara termasuk S'pura bagi lawatan berpakej

May 17, 2022 | 04:25 PM

TOKYO: Jepun akan mula menerima pelancong dari luar negara, termasuk Singapura, yang mengikuti pakej pelancongan mulai bulan ini.

Selain Singapura, pelancong dari Amerika Syarikat, Australia dan Thailand yang telah menerima tiga dos vaksinasi akan dibenarkan memasuki negara itu untuk pelancongan, kata kenyataan Agensi Pelancongan Jepun pada Selasa (17 Mei).

Pelawat mesti membeli insurans perubatan mereka sendiri dan menyertai lawatan berpakej dengan jadual perjalanan yang telah ditetapkan dan yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Mereka juga perlu ditemani oleh pemandu pelancong sewaktu di sana.

“Untuk mengumpul maklumat yang diperlukan bagi meneruskan pelancongan ke Jepun, kami akan menjalankan projek percubaan dalam bentuk pakej pelancongan kumpulan kecil pada Mei, di mana agensi pelancongan akan mengawal pergerakan,” kata agensi itu.

“Kami akan mengesahkan cara memastikan pelancong mematuhi langkah kawalan jangkitan dan prosedur tindak balas kecemasan, sambil melakarkan garis panduan untuk agensi pelancongan dan kemudahan penginapan.”

Keempat-empat negara itu telah diiktiraf kerana mempunyai risiko Covid-19 yang lebih rendah untuk jenis mutan, dan merupakan pasaran utama bagi Jepun.

Agensi itu menambah bahawa butiran lanjut akan diputuskan bersama dengan Persatuan Ejen Pelancongan Jepun.

Sehingga kini, pelancong dari luar negara tidak dibenarkan masuk ke Jepun kerana pandemik Covid-19. - The Straits Times

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3