Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun rancang peruntuk bajet pertahanan S$63 bilion

Dec 16, 2017 | 06:43 PM



TOKYO: Jepun merancang untuk memperuntukkan rekod perbelanjaan bajet pertahanan sebanyak 5.19 trilion yen ($63 bilion) untuk tahun fiskal berikutnya bagi mengukuhkan pertahanan peluru berpandunya terhadap ancaman yang dilakukan Korea Utara, kata satu laporan semalam.



Pemerintah Jepun dijangka mengetepikan wang bagi mengukuhkan pertahanan dalam cadangan belanjawan awal negara untuk tahun fiskal bermula April 2018, kata akhbar harian Nikkei.



Ia akan menandakan tahun keenam berturut-turut peningkatan perbelanjaan pertahanan mereka, menjangkaui bajet untuk tahun fiskal terkini sebanyak 5.12 trilion yen, kata akhbar perniagaan itu lagi.



Jumlah besar peningkatan bajet tersebut akan digunakan untuk melindungi Jepun daripada pembangunan senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.



Menurut akhbar itu lagi, pembiayaan tambahan itu akan meliputi kos persediaan untuk memperkenalkan sistem pemintas peluru berpandu dari darat Amerika Syarikat, Aegis Ashore.



Minggu lalu, Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera berkata negara itu merancang untuk membeli peluru berpandu jarak jauh, dengan jarak kira-kira 900 kilometer dari sebuah firma Amerika.



Tindakan itu mendatangkan kontroversi kerana Perlembagaan Jepun mengharamkan penggunaan kekerasan sebagai cara menyelesaikan pertikaian antarabangsa.



Kebimbangan global mengenai Korea Utara terus meningkat tahun ini, dengan Washington menyeru anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain untuk memangkas hubungan dengan Pyongyang untuk memerah rejim rahsia Korea Utara.



Walau bagaimanapun, Amerika gagal memujuk penyokong utama Korea Utara dan Rusia untuk mengambil langkah untuk mengasingkan rejim itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >