TOKYO: Satu panel kerajaan Jepun telah mengemukakan satu permintaan khas semalam untuk mengisytiharkan langkah separa kecemasan di tiga wilayah bagi membendung lonjakan Covid-19 yang dikaitkan dengan beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara itu.
Jika diluluskan kerajaan, ia akan menandakan langkah pertama sedemikian sejak September lalu, apabila Jepun menarik balik langkah kecemasan yang dikuatkuasa di negara itu buat sebahagian besar tahun lalu.