Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerebu bertambah membimbangkan di Kalimantan dan Sumatera

Sep 25, 2015 | 12:46 PM



KRISIS jerebu terus meningkatkan pada Khamis (23 Sep), dengan keadaan di Kalimantan dan Sumatera mencapai tahap membimbangkan, dan tiada kelegaan di kedua-dua wilayah pada Hari Raya Haji.


Kalimantan, yang berkongsi sempadan dengan Malaysia, paling teruk terjejas. Seluruh pulau Borneo itu, kecuali utaranya, diselubungi asap daripada kebakaran hutan, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia.


Jurucakapnya, Encik Sutopo Purwo Nugroho, memberitahu akhbar The Straits Times pada Khamis bahawa 2,081 titik panas dicatat di Kalimantan pada waktu pagi.


Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) bagi ibu negeri Kalimantan, Tengah Palangkaraya, tidak boleh didapati hampir sepanjang hari ini.


Bagaimana, paras pencemaran udara bagi bandar itu meningkat kepada hampir 2000 pada Rabu, sebelum turun kepada 1096 pada petang itu.


Encik Sutopo berkata asap daripada kebakaran hutan haram juga mengurangkan penglihatan di kebanyakan bandar, dan menggesa pihak berkuasa wilayah itu supaya mengambil tindakan segera.


"Seperti tahun-tahun lalu, terdapat kebakaran lagi di Pulang Pisau dan Kapuas di Kalimantan Tengah, dan kami berharap pihak berkuasa tempatan akan membantu melihat-lihat dan mencegah tindakan itu," katanya.


Presiden Joko Widodo telah merancang hendak memeriksa keadaan di lapangan dan usaha memadam kebakaran di Sumatera pada Khamis, tetapi keadaan yang semakin buruk di Kalimantan mendorong beliau menangguhkan perjalanan.


Apabila ditanya mengapa keadaan darurat tidak diisytiharkan oleh pihak berkuasa di wilayah terjejas, Encik Atmaji Sumarkidjo, pembantu Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Hal Ehwal, Encik Luhut Panjaitan, berkata beberapa gabenor bimbang akan kelihatan lemah atau tidak berdaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >