Jerebu: Lima wilayah Indonesia isytihar darurat

MEULABOH: Lima wilayah di Indonesia telah mengisytiharkan keadaan darurat setelah puluhan penduduk, termasuk kanak-kanak, memenuhi hospital di Aceh bagi mendapatkan rawatan jangkitan paru-paru berikutan asap tebal disebabkan kebakaran hutan.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata 18 helikopter juga telah dikerahkan bagi membantu memadamkan kebakaran belukar di Sumatera dan Kalimantan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan