Jerebu: M'sia mula proses pembenihan awan

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di Malaysia masih tidak menunjukkan tanda berkurangan, apabila 16 lokasi di beberapa negeri di Malaysia mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan kenyataan bahawa kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan