Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerman gajikan 8,500 guru bagi pelarian kanak-kanak

Dec 29, 2015 | 11:58 AM



BERLIN: Jerman telah menggajikan 8,500 orang untuk mengajar bahasa Jerman kepada pelarian kanak-kanak, kerana negara itu menjangka jumlah pelarian melambung melebihi paras juta tahun ini, menurut media tempatan.


Dengan kira-kira 196,000 kanak-kanak melarikan diri daripada perang dan kemiskinan memasuki sistem sekolah Jerman tahun ini, 8,264 "kelas khas" telah diwujudkan bagi membantu pendatang baru mengejar kemajuan rakan-rakan mereka, akhbar Die Welt melaporkan pada Ahad (27 Dis), memetik satu kajian yang dijalankan di 16 negeri persekutuan Jerman.


Menurut pihak berkuasa pendidikan di Jerman, 325,000 kanak-kanak dalam umur sekolah tiba di negara Kesatuan Eropah tahun ini, di tengah-tengah krisis penghijrahan terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.


Jerman menjangka lebih satu juta pemohon suaka tahun ini, lima kali lebih banyak daripada tahun lalu dan telah meletakkan tekanan ke atas keupayaannya menyediakan perkhidmatan kepada semua pendatang baru itu.


Ketua kesatuan guru DPhV, Encik Heinz-Peter Meidinger, berkata Jerman akan memerlukan hingga 20,000 guru tambahan bagi menampung bilangan pelajar baru itu.


"Paling lambat menjelang musim panas akan datang, kami akan mengisi jurang itu," katanya.


Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, memenangi hati sebagai pengkritik paling keras beliau dengan keputusannya pada September untuk membuka pintu kepada gelombang rekod pelarian yang sedang menuju ke negara itu, kebanyakan mereka berjalan kaki, dari Budapest.


Bagaimanapun, ramai rakyat Jerma sekarang mempunyai keraguan, khuatir Dr Merkel membuat negara itu huru-hara kerana tinjauan menunjukkan kebimbangan semakin meningkat tentang kemasukan sebahagian besar pelarian Islam.


"Jerman pastinya telah berpecah," kata Profesor Oskar Niedermayer dari Universiti Percuma Berlin.


"Secara umum, Merkel dan pemerintahnya masih sangat dipandang tinggi, tetapi mengenai krisis pelarian, majoriti berasa beliau sedang mengikuti dasar salah." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >