BERLIN: Jerman mencatat jumlah kes Covid-19 tertinggi dalam hampir empat bulan, mendorong Canselor Dr Angela Merkel menolak langkah kelonggaran lebih lanjut untuk membendung penularan wabak itu di tengah-tengah kebimbangan munculnya semula jangkitan meluas di Eropah.
Terdapat 1,693 kes baru dalam tempoh 24 jam sehingga pagi kelmarin - paling tinggi sejak 25 April, menurut data dari Universiti Johns Hopkins.