Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerman kurangi kemudahan diplomatik Russia

Jun 01, 2023 | 06:27 PM



BERLIN: Jerman akan mengurangkan kemudahan diplomatik yang diberikan kepada Moscow di negaranya, seperti yang dilakukan oleh Russia – satu perkembangan terbaru meningkatnya ketegangan antara kedua negara berikutan perang di Ukraine.


Berlin telah mengarahkan Moscow agar menutup empat daripada lima pejabat konsul di Jerman, kata seorang jurucakap Kementerian Luar, pada satu sidang akhbar, Rabu.

“Perkara ini sudah disampaikan kepada Kementerian Luar Russia hari ini,” kata jurucakap itu.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil selepas Moscow mengehadkan bilangan kakitangan Jerman seramai 350 orang sahaja yang dibenarkan di Moscow.

Ini bermakna, ratusan kakitangan awam dan pekerja setempat yang bertugas di institusi Jerman di Russia harus meninggalkan negara itu, menurut Kementerian Luar Jerman.

“Ini adalah keputusan yang tidak wajar, memaksa kami mengurangkan kakitangan dan pekerja di semua bidang di Russia,” kata jurucakap itu.

Ia melibatkan kakitangan konsul Jerman di Kaliningrad, Yekaterinburg dan Novosibirsk.

Kegiatan operasi juga terpaksa dikurangkan dengan banyak atau ditiadakan menjelang November ini, katanya.

Namun, Kedutaan Jerman di Moscow dan pejabat konsulnya di St Petersburg tidak terjejas.

“Kami mengambil langkah yang sama seperti yang mereka lakukan... biar seimbang,” kata jurucakap itu.

Pengurangan kakitangan warga Jerman di Russia itu akan menjejas ratusan orang yang bekerja di kedutaan atau institusi Jerman mulai Jun, menurut kementerian itu lagi.

Mereka yang terjejas termasuk kakitangan konsulat, tetapi kebanyakannya adalah kakitangan di institut budaya Goethe di negara itu, sekolah-sekolah Jerman dan tajaka.

Moscow mengecam keputusan Berlin itu dan menyifatkannya sebagai ‘buruk sangka’ dan berikrar akan melakukan sesuatu.

“Langkah Berlin itu tidak diragui lagi sebagai “buruk sangka dan provokatif, dan kami tidak akan mendiamkannya begitu sahaja,” kata Kementerian Luar Russia.

Sejak tercetusnya konflik di Ukraine, kegiatan risik Russia di Jerman meningkat, menurut perkhidmatan keselamatan Jerman.

Pada April lalu, Jerman mengusir beberapa diplomat Russia “bagi mengurangkan kegiatan risik mereka,” dan ini memaksa Moscow bertindak balas dengan mengusir sekitar 20 kakitangan Kedutaan Jerman di Moscow.

Pada 2022, Jerman mengusir sekitar 40 diplomat Russia, yang disifatkan oleh Berlin sebagai ancaman terhadap keselamatannya.

Pada Oktober 2022 pula, ketua agensi keselamatan siber Jerman, Encik Arne Schoenbohm, dipecat selepas terdedah berita yang mendakwa hubungan dengan khidmat risik Russia.

Sebulan kemudian, seorang anggota simpanan Jerman dikenakan hukuman penjara setahun sembilan bulan kerana bersubahat dengan Russia.

Malah sebelum Russia menyerang Ukraine, Jerman telah berulang kali menuduh Russia melakukan serangan siber di negara itu.

Hubungan di antara kededua negara juga tergugat gara-gara dasar kuasa tenaga, apabila Russia memotong bekalan gas ke Jerman, ekoran ketegangan mengenai konflik Ukraine. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >