PESHAWAR (AFP) - Sebuah pesawat penumpang telah ditembak ketika mendarat di barat laut Pakistan, mengakibatkan seorang wanita terbunuh dan mencederakan dua anak kapal pesawat berkenaan.
Ini sedang Pakistan mengerahkan tenteranya untuk memerangi kumpulan Taleban di kawasan tersebut.
Penerbangan syarikat Pakistan International Airlines (PIA) dengan lebih 170 penumpang itu sedang mendarat di Peshawar dari Riyadh di Arab Saudi, namun ditembak ketika melakukan pendaratan.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu tetapi kumpulan Pakistan Taleban disyaki melakukannya kerana ia telah berjanji untuk menyerang balas serangan tentera Pakistan terhadap kubu kuat mereka di Waziristan Utara.
Pihak berkuasa Pakistan berkata pesawat Airbus A310 itu selamat mendarat, walaupun selepas ditembak lapan peluru oleh para penyerang yang tidak dikenali.