Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jho Low bantu leraikan masalah kad kredit Najib

Jul 23, 2019 | 08:14 AM



KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low pernah menjadi 'orang tengah' apabila kad kredit mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengalami masalah.



Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Cik Joanna Yu memberitahu Mahkamah Tinggi, kad kredit Platinum Najib tidak diterima ketika hendak membuat pembayaran di butik Chanel di Hawaii, pada 23 Disember 2014, menurut laporan BH Online.  



Cik Yu yang membacakan transkrip perbualan antara beliau dan Jho Low, berkata ahli perniagaan itu memanjangkan pesanan ringkas yang dihantar oleh Najib berbunyi: “Kad kredit platinum saya tidak diterima. Boleh kamu hubungi Visa dan Mastercard Mastercard Ambank sekarang juga? Terima kasih”.



Saksi ke-54 pendakwaan itu berkata, Jho Low kemudian menulis: “Ia dari MNR, tolong ASAP (secepat mungkin)”.



Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram, Cik Yu berkata, beliau menganggap MNR yang dimaksudkan itu ialah Mohd Najib Razak.



Cik Yu juga membacakan perbualan beliau dengan Jho Low ketika percutian Datuk Najib di Itali yang menggunakan kad kreditnya untuk membeli barang kemas di butik mewah De Grisogono.



Beliau berkata dalam perbualan itu, Jho Low memintanya mengesahkan 24 transaksi kad kreditnya berjumlah RM3.3 juta.



Bagaimanapun, beliau menambah terdapat 16 transaksi kad kredit bagi pembayaran barang kemas berjumlah RM2.64 juta yang ditolak kerana melebihi had.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >