Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jho Low mungkin bedah wajah, guna identiti baru untuk elak tangkapan: The Star

Jul 14, 2018 | 04:58 PM



PETALING JAYA  - Peniaga yang melarikan diri Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, mungkin telah menggunakan identiti baru bagi mengelak penangkapan dalam siasatan rasuah global 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber dan pakar.



Jabatan polis dan imigresen Malaysia dan Singapura berusaha mengesan Low. Peniaga berusia 37 tahun itu mungkin telah mengubah wajah.



"Kami percaya dia mungkin mengubah wajah dan menggunakan nama samaran," kata satu sumber.



Pihak berkuasa juga percaya bahawa Low menggunakan 'khidmatan butler' yang biasa digunakan orang kenamaan dan selebriti bagi melepasi imigresen.



"Ini menjelaskan mengapa, walaupun Notis Merah telah dikeluarkan Interpol, Low telah kembara di beberapa negara Asia Tenggara dengan mudah," kata sumber itu.



Kelicikannya, kata sumber itu, mendorong pihak berkuasa di kedua-dua negara mahu mendapatkan butiran perjalanan Low dan foto terbarunya, yang dirakam di pusat pemeriksaan imigresen, supaya mereka dapat imej lebih jelas mengenainya.



"Penyiasat tidak mempunyai gambar terkini Low. Kebanyakan gambar yang ada dipercayai diambil tiga atau empat tahun lalu," kata sumber itu.



Sumber itu juga menyatakan bahawa sejak kapal pelesiran Low dirampas pihak berkuasa Indonesia, dia telah dikesan di Phuket, Macau, Hong Kong, Taiwan dan Shanghai walaupun  notis Interpol telah dikeluarkan.



Daripada butir-butir awal yang dikumpul, penyiasat percaya Low telah mengubah penampilannya dan keluar masuk negara menggunakan pelbagai pasport.



Sumber itu berkata selain pasport Saint Kitts dan Nevis yang digunakan, pihak berkuasa juga meninjau kemungkinan dia memiliki pasport lain.



Low  dan keluarganya dikatakan mempunyai harta dan aset kewangan di Australia, New Zealand dan Thailand, kata sumber itu.



"Dia juga mempunyai hubungan baik di Emiriah Arab Bersatu dan negara-negara Timur Tengah yang lain," kata sumber itu.



Seorang pakar bedah plastik di Kuala Lumpur berkata bahawa dengan wang yang Low ada, kos operasi mengubah penampilannya hanya satu perbelanjaan kecil kepadanya.



"Kos menukar wajah berbentuk bulat kepada bujur atau berbentuk berlian adalah antara AS$10,000 ($13,700) dan AS$20,000," katanya. "Tempoh pemulihan adalah kira-kira dua minggu, tetapi pesakit akan menghadapi wajah bengkak selama sebulan."



Doktor berkata pakar bedah plastik juga boleh mengubah kelopak mata dan bentuk hidung dan mulut dalam beberapa jam sahaja. "Terdapat banyak klinik terkenal di Thailand bagi  Low boleh melakukan ini secara profesional," katanya.



Pakar keselamatan yang berpangkalan di Bangkok, yang pakar dalam urusan kembara, berkata Low mungkin juga menggunakan "khidmatan butler" yang tersedia untuk orang kaya dan terkenal bagi mengelak daripada dikesan.



"Penumpang sedemikian biasanya dibawa terus ke lounge peribadi yang dikendalikan oleh pengendali jet swasta sebaik sahaja mereka mendarat.



"Dokumen-dokumen mereka diserahkan kepada juruterbang atau pengawal operasi. Mereka akan menyelesaikannya dengan pegawai imigresen," katanya.



"Mereka tidak perlu berdiri dan menyerahkan pasport mereka secara peribadi kepada pegawai imigresen dan menunggu dokumen itu diperiksa dan dicap," kata pakar keselamatan yang enggan disebutkan namanya. -- The Star



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >