Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor bakal lancar aplikasi daftar vaksinasi bagi warga yang ulang-alik ke SG

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



KERAJAAN Johor akan melancarkan aplikasi vaksinasi bagi Covid-19 bagi rakyat Malaysia yang berulang-alik antara Malaysia dengan Singapura.



Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata sebagai permulaan, 100,000 orang dicadangkan supaya mendaftar bagi vaksinasi menerusi app bernama ImmuPlan Johor.



"Sebarang kemas kini akan diumumkan dari masa ke masa.



"Saya berharap ini akan membantu usaha membuka semula sempadan Malaysia-Singapura dan memulihkan kekuatan ekonomi Johor," kata beliau, menulis di Facebook.



Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.



Encik Khairy juga adalah Menteri Penyelaras bagi Program Keimunan Covid-19 Kebangsaan Malaysia.



Pada 23 Mac lalu, Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan telah bertemu rakan sejawatan dari Malaysia Hishammuddin Hussein di Putrajaya dan mengadakan perbincangan mengenai pensijilan vaksin bersama untuk menyokong perjalanan rentas sempadan.



Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan itu, Dr Balakrishnan dan Datuk Seri Hishammuddin berkata mereka telah membincangkan pelan vaksinasi nasional masing-masing yang sedang berlangsung di Malaysia dan Singapura, termasuk bagaimana ia boleh membantu perjalanan rentas sempadan antara kededua negara dalam masa depan terdekat.



Perbincangan itu diadakan kurang dua bulan selepas Singapura menggantung skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan Malaysia ekoran kes Covid-19 yang melonjak di Malaysia di awal tahun.



Malaysia berjaya mengawal penularan Covid-19 tahun lalu, tetapi jumlah kes telah melonjak dalam gelombang ketiga yang bermula September tahun lalu.



Bilangan kes yang melonjak itu mendorong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengenakan semula sekatan pergerakan bagi seluruh negara pada Januari.



Beliau juga memohon kepada Agung untuk mengisytiharkan tempoh kecemasan pada 12 Januari yang dijadual berlangsung sehingga 1 Ogos.



Bilangan kes aktif di sana - yang sedang dirawat bagi Covid-19 di hospital atau pusat yang dikendalikan kerajaan - mencecah 52,000 pada awal Februari.



Namun, jumlah itu telah merosot dan mencecah 14,509 kes kelmarin, sedang lebih ramai orang pulih dan bilangan jangkitan baru jatuh pada bulan ini.



Selepas ia merakamkan bilangan kes harian tertinggi iaitu 5,728 kes pada 30 Januari, Malaysia telah melaporkan sekitar 1,000 kes baru sehari sejak beberapa minggu lalu, dengan 1,349 kes dilaporkan kelmarin.



Perkembangan itu berlaku selaras dengan pelangsungan program vaksin Covid-19 pada 24 Februari.



Secara keseluruhan, sekitar tujuh juta orang di Malaysia telah mendaftar bagi vaksinasi, mewakili 22 peratus daripada 32 juta penduduk.



Buat masa ini, 698,000 dos vaksin telah diberikan, merangkumi 0.7 peratus penduduk di Malaysia.




"Sebarang kemas kini akan diumumkan dari masa ke masa. Saya berharap ini akan membantu usaha membuka semula sempadan Malaysia-Singapura dan memulihkan kekuatan ekonomi Johor."
- Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dalam catatan di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >