Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor patut tuntut S'pura kembali ke M'sia: Mahathir

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Singapura pernah dimiliki Johor dan negeri Johor sepatutnya menuntut agar Singapura dikembalikan kepadanya dan kepada Malaysia.



"Namun, tiada sebarang tuntutan terhadap Singapura. Sebaliknya, kita menunjukkan penghargaan kepada kepimpinan negara baru bernama Singapura ini," katanya semasa berucap Ahad lalu.



Dr Mahathir juga berkata kerajaan Malaysia menganggap lebih penting bagi mereka memenangi penguasaan ke atas pulau Sipadan dan Ligitan di luar Borneo menentang Indonesia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun menyerahkan sekeping batu "saiz meja" - Pedra Branca - kepada Singapura.



"Kita seharusnya menuntut bukan sahaja Pedra Branca, atau Pulau Batu Puteh, dikembalikan kepada kita, kita juga harus menuntut Singapura dan juga Kepulauan Riau, kerana mereka adalah Tanah Melayu," tambahnya.



Beliau, 96 tahun, yang terkenal dengan kenyataan kontroversinya, bercakap di satu acara di Selangor anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan di bawah panji Kongres Survival Melayu dengan tajuk Aku Melayu: Survival Bermula.



Dalam ucapan perasmiannya, yang disiarkan secara langsung di media sosial, Dr Mahathir, yang merupakan ahli parlimen Langkawi, berkata apa yang dikenali sebagai Tanah Melayu dahulunya meluas, terbentang dari Segenting Kra di selatan Thailand sehingga ke Kepulauan Riau, dan Singapura, tetapi kini terbatas di Semenanjung Tanah Melayu.



"Saya tertanya-tanya sama ada Semenanjung Tanah Melayu akan menjadi milik orang lain pada masa hadapan," katanya.



Beliau juga berkata Malaysia hari ini bukan milik Bumiputera, kerana ramai orang Melayu kekal miskin dan mereka cenderung menjual tanah mereka.



Menggesa hadirinnya untuk belajar daripada masa lalu, beliau berkata:



"Jika kita mendapati kita salah, kita harus membetulkan kesilapan ini supaya tanah kita kekal sebagai Tanah Melayu." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >