Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor rancang perkhidmatan feri ketiga ke Singapura

Apr 03, 2023 | 08:15 PM



JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor telah mencadangkan untuk memudahkan perjalanan antara warga di selatan Malaysia dan Singapura.



Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia antara perkara yang dibincangkan beliau dengan menteri dari Singapura semasa lawatannya ke Republik itu.



“Kami menyarankan perkhidmatan feri ketiga antara Johor dan Singapura.



“Laluan yang kami cadangkan ialah antara Puteri Harbour dan Tuas. Bagaimanapun, kami memerlukan kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan terlebih dahulu sebelum perbincangan lanjut boleh diadakan dengan Kementerian Pengangkutan Singapura,” katanya.



Pada masa ini, terdapat dua perkhidmatan feri beroperasi antara Tanah Merah dan Pantai Desaru, serta antara Tanah Merah dan Tanjung Belungkor.



Datuk Onn Hafiz berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan, Encik Andrew Chen Kah Eng, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Ahad.



Encik Chen bertanya apa yang dibincangkan semasa lawatan rasmi kerajaan negeri Johor ke Singapura pada Februari.



Datuk Onn Hafiz juga berkata kerajaan Johor akan mewujudkan mekanisme untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik (EV) di negeri itu tidak lama lagi.



“Antara perkara yang saya telah bincangkan dengan Menteri Pengangkutan Singapura, Encik S. Iswaran, ialah penggunaan EV dan beliau berkongsi bahawa menjelang 2030, mereka akan menghentikan pendaftaran kenderaan yang menggunakan petrol,” katanya.



“Kita juga perlu ada perancangan mengenai perkara ini dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan tempatan.



“Saya akan berbincang dengan setiausaha kerajaan negeri tentang keperluan untuk mempunyai mekanisme yang akan melibatkan industri yang boleh menyokong strategi kami (mengenai EV) pada tahun-tahun akan datang.”



Semasa lawatannya ke Singapura, Datuk Onn Hafiz turut bertemu Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; dan empat syarikat yang berminat untuk melabur di Johor.



Beliau juga berkata menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas antara Johor dan Singapura kekal menjadi keutamaan bagi kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan.



Datuk Onn Hafiz berkata antara inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan persekutuan ialah meluaskan penggunaan pintu elektronik kepada rakyat Singapura, menambah bilangan lorong motosikal daripada 50 kepada 75 sehala dan menggabungkan kaunter pelbagai agensi di sempadan.



“Kita semua sedia maklum bahawa ini (kesesakan di Koswe) bukanlah sesuatu yang baru berlaku hari ini kerana masalah itu sudah berpuluh tahun lamanya.



“Bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat kerajaan negeri dan persekutuan untuk bekerjasama menyelesaikan isu itu,” katanya. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >