Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor tawar hartanah untuk pikat pelancong China

Dec 30, 2016 | 03:20 PM



GELANG PATAH: Makan, beli-belah dan cari hartanah untuk dibeli.



Ini adalah antara pakej pelancongan yang kini ditawarkan kepada pelancong China yang melawat Johor.



Presiden Majlis Pemandu Pelancong Malaysia, Encik Jimmy Leong, berkata pakej itu ditawarkan oleh agensi pelancongan di China yang bekerjasama dengan pemaju hartanah negara tersebut yang mempunyai projek di Johor.



Pemaju pada dasarnya membuat perjanjian dengan agensi pelancongan untuk menyertakan pembelian hartanah sebagai sebahagian daripada program lawatan tiga hari ke Johor selepas tiba di Singapura atau Kuala Lumpur, katanya kepada akhbar The Star pada Khamis (29 Dis).



Selepas lawatan itu, wakil jualan pemaju akan mempromosikan hartanah serta menjawab pertanyaan pelabur berpotensi.



Encik Leong berkata membeli hartanah hanya sebahagian daripada program pelancongan dan kegiatan utama masih melancong, berbeli-belah dan mencuba makanan tempatan, yang memerlukan perkhidmatan pemandu pelancong tempatan.



Beliau berkata ketibaan pelancong China meningkat semula selepas berkurangan mendadak menyusuli kehilangan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines pada 2014.



Pelancong China yakin semula pada Malaysia hasil permohonan visa dalam talian yang mudah dan mutu perkhidmatan pelancongan, katanya.



Seorang arkitek Beijing, Encik Hong Cheng Jie, 35 tahun, berkata beliau berada di Johor untuk mencari hartanah sesuai untuk dibeli selepas mendengar daripada beberapa kawannya yang melawat Malaysia awal tahun ini.



"Keluarga saya merancang keluar dari Beijing satu hari nanti kerana ia penuh sesak dan Johor antara destinasi yang kami sedang timbang," kata bapa seorang anak itu.



Encik Zheng Zhou, 31 tahun, seorang pelancong dari Guangzhou yang datang ke Johor dengan isteri dan bapa mentuanya, berkata beliau dulu sangka kos makanan dan barang lain di Malaysia lebih tinggi daripada di China, tetapi terkejut apabila mendapati sebaliknya.



"Saya mendapati makanan tempatan terlalu pedas tetapi saya suka aroma kopi putih," katanya, sambil menambah beliau membeli pek minuman segera itu sebagai hadiah buat keluarga dan rakan-rakan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >