Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor timbang longgarkan peraturan pemilikan hartanah asing

Nov 19, 2017 | 05:42 PM



JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor sedang mengkaji cara melonggarkan peraturan berhubung  rumah pemilikan asing dalam usaha mengurangkan hartanah yang tidak terjual di negeri itu.



Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Md Jais Sarday, berkata berdasarkan peraturan yang ada, orang asing hanya boleh membeli hartanah berharga lebih RM1 juta ($325,745).



"Mungkin, kita boleh tinjau melonggarkan ketetapan berdasarkan saiz rumah, membolehkan mereka membeli rumah melebihi 1,000 kaki persegi tetapi kurang daripada RM1 juta," katanya pada Ahad (19 Nov), menurut laporan The Star/Asia News Network.

 

Bagaimanapun, Datuk Md Jais berkata ia belum muktamad kerana perkara itu memerlukan perbincangan dengan kerajaan persekutuan.



Beliau diminta mengulas mengenai laporan bank pusat baru-baru ini mengenai isu-isu perumahan di seluruh negara, yang memberi amaran bahawa bilangan hartanah kediaman yang tidak terjual berada pada tahap tertinggi dalam satu dekad. Johor didapati mempunyai bekalan hartanah berlebihan paling besar.



Datuk Md Jais berkata mereka berharap dapat merangka strategi dan dasar baru untuk memacu industri perumahan pada awal tahun depan.



Pada masa ini, terdapat lebih 120,000 hartanah tidak terjual di Johor.

Hartanah itu termasuk rumah berhalaman, unit bangunan tinggi dan kilang komersial.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >