Topik diikuti
Pergi ke BHkuJohor timbang naik taraf CIQ di Linkedua

Oct 4, 2017 | 5:30 AM
Johor timbang naik taraf CIQ di Linkedua
GELANG PATAH: Kerajaan Johor sedang menimbangkan kemungkinan menaik taraf pelbagai kemudahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Abu Bakar, dekat sini yang berusia hampir 20 tahun, dalam usaha memastikan keselesaan orang ramai dan mengurangkan kesesakan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong, berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelaras Menambah Baik Kompleks Sultan Abu Bakar dalam tempoh dua minggu sebelum dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan bagi langkah selanjutnya.