Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor turut dilanda banjir, 8 pusat pemindahan dibuka di Segamat

Jumlah keluarga yang terjejas banjir di Sabah, Kelantan dan Terengganu turut meningkat
Jan 02, 2022 | 05:30 AM



SEGAMAT: Lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di dibuka di Segamat malam kelmarin, sekali gus menjadikan daerah ini sebagai yang pertama dilanda banjir di Johor pada permulaan tahun 2022.



Ekoran bencana itu, seramai 456 mangsa daripada 133 keluarga dipindahkan dengan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang di Labis, mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 223 mangsa yang melibatkan 73 keluarga dari kampung terbabit, lapor Utusan Online semalam.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata kebanyakan kawasan didiami penduduk dinaiki air antara 0.5 meter hingga 1.5 meter.



"Kebanyakan tempat baru dinaiki air dan pasukan penyelamat hanya mengarahkan mereka berpindah sebelum penduduk berpindah sendiri ke PPS yang disediakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat.



"Cuma di sini agak mudah kerana penduduk mematuhi arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah awal dan tiada laporan mangsa terperangkap dilaporkan setakat ini," katanya.



Kata beliau, antara kawasan lain yang dinaiki air adalah Kampung Pekan Air Panas, Kampung Sermin, Kampung Paya Lenga dan Kampung Gelang Chinchin serta Kampung Sedeng setelah hujan lebat sejak petang.



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, meluangkan masa melawat mangsa banjir di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun, SJKC Sawah Baru, dan SK Kampung Tenang dekat sini, semalam, lapor pula Harian Metro.



"Alhamdulillah, barang-barang bantuan telah diagihkan kepada mangsa banjir dan suasana di sini semuanya terkawal," jelasnya.



Sementara itu di Sabah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 504 mangsa daripada 167 keluarga pagi semalam berbanding 73 mangsa daripada 17 keluarga malam kelmarin dalam bencana banjir di daerah Kota Marudu dan sebuah PPS baru dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 keluarga manakala PPS SK Teritipan menempatkan 251 mangsa daripada 70 keluarga.



"Jumlah kemasukan mangsa ke PPS terus bertambah ekoran keadaan paras air masih tinggi. Pasukan pemantau telah membuat pemantauan di kampung-kampung yang telah dinaiki air," menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan semalam.



Jumlah mangsa banjir di Kelantan pula mencatat sedikit peningkatan setakat 8 pagi semalam, dengan seramai 1,129 individu terjejas berbanding 1,128 orang kelmarin ditempatkan di 18 PPS melibatkan tiga jajahan iaitu 11 di Kuala Krai, enam di Jeli dan satu di Tanah Merah, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Portal rasmi info banjir JPS melaporkan hanya sebatang sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai yang merekodkan bacaan 25.27 m.



Hari ketiga banjir di Terengganu menyaksikan jumlah mangsa terus meningkat kepada 451 orang daripada 128 keluarga pagi semalam berbanding 433 orang daripada 123 keluarga malam kelmarin.



Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memberitahu satu lagi PPS di daerah Dungun dibuka menjadikan keseluruhan empat PPS sejauh ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >