JOHOR BAHRU: Selepas Singapura, Johor pula bertindak melarang dua penceramah, Mufti Zimbabwe Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim, daripada menyampaikan ceramah di negeri itu berikutan pandangan mereka yang boleh menjejas perpaduan dan keharmonian kaum.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Encik Abd Mutalip Abd Rahim, mengesahkan nama dua pendakwah itu kepada Berita Harian Singapura ketika dihubungi menerusi WhatsApp semalam.