Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Joko Widodo arah pemerintah wilayah Indonesia kawal kos pengangkutan

Sep 07, 2022 | 09:36 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, mengarahkan pemerintah wilayah  pada Rabu (7 Sep) supaya menggunakan belanjawan mereka untuk mengawal  kos pengangkutan selain mengawal  kesan inflasi ekoran kenaikan harga bahan tenaga yang dikenakan minggu lalu.


Di bawah tekanan untuk mengawal bajet subsidi tenaga yang semakin meningkat, Encik Widodo menaikkan harga bahan tenaga bersubsidi sebanyak 30 peratus pada Sabtu lalu (3 Sep), mencetuskan bantahan di seluruh negara yang mempunyai 270 juta orang penduduk.


“Pengiraan oleh menteri saya ialah (inflasi akan) meningkat sebanyak 1.8 mata peratusan. Tetapi itu jika kita tidak melakukan apa-apa.


“Saya tidak mahu tidak berbuat apa-apa, kita perlu campur tangan,” kata Encik Widodo, merujuk kepada kesan inflasi akibat harga bahan tenaga.


“Pemerintah wilayah mesti mengambil tindakan seperti semasa (pandemik),” katanya, sambil menambah bahawa pemimpin tempatan telah diberitahu untuk menggunakan bajet mereka untuk menampung kos pengangkutan lebih tinggi, terutama bagi pengedaran makanan asas seperti bawang merah dan telur.


Lewat Rabu (7 Sep), kementerian pengangkutan mengumumkan tambang minimum bagi perkhidmatan teksi motosikal berasaskan aplikasi akan dinaikkan sehingga 13.33 peratus setiap kilometer mulai 10 September untuk mengambil kira kenaikan harga bahan tenaga.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >