Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi bentang wawasan Indonesia 'lebih produktif, berdaya saing'

Jul 16, 2019 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo telah membentangkan wawasannya bagi penggal kedua beliau, yang akan menyaksikan pemerintah mengalihkan fokus daripada pembangunan prasarana kepada pembangunan mutu sumber manusia di negara ini.



Encik Jokowi menggariskan langkah-langkah bagi menjadikan Indonesia sebuah "negara lebih produktif dan berdaya saing" di tengah-tengah perubahan pesat dan tidak menentu di seluruh dunia, dalam ucapan pertamanya kelmarin sejak dipilih semula dalam pilihan raya presiden April lalu.



Beliau berkata pemerintah akan terus membangunkan prasarana, program utamanya dalam tempoh lima tahun pertamanya dari 2014 hingga tahun ini, dan berusaha menghubungkan prasarana yang sudah dibina ke pusat-pusat ekonomi.



"Pada masa akan datang, kami akan terus melakukannya dengan lebih cepat dan prasarana seperti jalan bertol, laluan kereta api, pelabuhan laut dan lapangan terbang akan dihubungkan ke pusat pengeluaran, kawasan perindustrian kecil, dan zon ekonomi dan zon pelancongan khas.



"Itu hala tuju kami dan kami mesti memberi tumpuan pada hal itu,'' kata beliau dalam ucapan bertajuk "wawasan Indonesia", yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul di Bogor, Jawa Barat.



Tetapi beliau berkata pemerintah akan mengubah program perdana kepada pembangunan sumber manusia, janji yang dibuatnya ketika berkempen menjelang pilihan raya.



"Kami ingin meletak keutamaan kami pada pembangunan sumber manusia. Pembangunan sumber manusia akan menjadi kunci masa depan Indonesia," kata Encik Jokowi sambil menambah bahawa badan-badan pengurusan bakat kebangsaan akan ditubuhkan dan sokongan bagi diaspora Indonesia yang sangat berbakat akan disediakan.



Beliau berkata program itu perlu menangani isu seperti pertumbuhan dan perkembangan lemah kanak-kanak dan kadar kematian wanita semasa hamil yang tinggi, serta meningkatkan mutu pendidikan.



Encik Joko juga menekankan kepentingan pelaburan untuk mewujudkan pekerjaan.



Beliau berjanji untuk menurunkan cukai korporat dengan cepat, melonggarkan undang-undang buruh yang ketat dan menarik sekatan ke atas pemilikan asing di lebih banyak industri.



"Semua halangan yang menghalang pelaburan, baik proses pelesenan lembap dan rumit mahupun bayaran haram, akan dihapuskan," katanya, yang disambut dengan respons hangat oleh kira-kira 30,000 hadirin di pusat itu.



"Tidak akan ada lagi halangan kepada pelaburan kerana ini akan menjadi kunci bagi menjana sebanyak mungkin pekerjaan."



Encik Joko, yang pelantikan rasminya sebagai presiden ketujuh Indonesia akan diadakan pada 20 Oktober, berkata beliau juga komited kepada pembaharuan birokrasi untuk meningkatkan perkhidmatan awam, platform kempennya sejak memasuki politik 15 tahun lalu.



"Saya akan menyemak dan mengawal (prosesnya) sendiri. Jika saya melihat ketidakcekapan dan ketidakberkesanan, saya akan menyelesaikannya dan membuang pegawainya," tegas bekas gabenor Jakarta itu, sambil berkata pemerintahnya akan mencari menteri yang berani.



"Jika ada institusi tidak berguna dan bermasalah, saya pasti akan membubarkannya," ujar beliau.



Ucapan rasmi pertama Encik Jokowi selepas memenangi pilihan raya itu disampaikan hanya sehari selepas beliau bertemu saingan yang dikalahkannya, mantan ketua tentera Prabowo Subianto, di MRT Jakarta. Mereka bersalaman dan berpelukan mesra.



Encik Prabowo pada mulanya enggan mengaku kalah pada pilihan raya tersebut, tetapi Mahkamah Perlembagaan bulan lalu mengisytiharkan Encik Joko pemenangnya dengan mendapat 55.5 peratus undi. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >