Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Jokowi bimbang pampasan mangsa AirAsia QZ8501 belum diagih

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jokowi bimbang pampasan mangsa AirAsia QZ8501 belum diagih

Jan 09, 2015 | 02:31 PM

JAKARTA: Presiden Joko "Jokowi" Widodo melahirkan kebimbangan kerana bayaran pampasan lambat diagihkan kepada keluarga penumpang AirAsia QZ8501, kata Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Ignasius Jonan.

Encik Jonan mengeluarkan kenyataan itu selepas mesyuarat tertutup dengan Presiden Jokowi di Istana Presiden semalam.

"Presiden berkata insurans sepatutnya dibayar. Saya beritahunya bahawa terdapat peraturan meliputi isu ini; Peraturan Nombor 77/2011, Kementerian Pengangkutan menetapkan jumlah pampasan ialah 1.25 bilion rupiah ($129,870) bagi setiap penumpang," kata Encik Jonan.

Encik Jonan berkata AirAsia mesti membayar pampasan kepada waris terdekat tanpa mengira status undang-undang bagi penerbangan AirAsia.

"Ia tiada kena mengena sama ada AirAsia dilindungi oleh insurans; 1.25 bilion rupiah bagi setiap penumpang harus diagihkan oleh AirAsia," jelasnya lagi.

Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa beberapa keluarga mangsa telah menolak wang pendahuluan pampasan yang ditawarkan syarikat penerbangan AirAsia sebanyak 300 juta rupiah ($32,426) selagi punca nahas pesawat itu belum dapat diselesaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Indonesia, Encik Sunu Widyatmoko berkata pampasan berjumlah AS$24,000 ($31,680) akan dibayar syarikat AirAsia Indonesia kepada waris mangsa pesawat QZ8501 yang terhempas pada 28 Disember lalu, di Laut Jawa.

Encik Widyatmoko berkata pemberian itu adalah selaras dengan ketetapan yang dibuat undang-undang dan pemerintah Indonesia. - Jakarta Post.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3