JAKARTA: Calon pilihan raya Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi), yang kini mendahului Encik Prabowo Subianto, berkata beliau bersifat terbuka sekiranya ada parti politik, termasuk Parti Demokrat, ingin menyertai pemerintahannya.
Ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) mengumumkan pemenang pilihan raya Presiden pada 22 Julai ini.